Tips Cara Meningkatkan Pendapatan Sebagai Penerbit
Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan pendapatan anda sebagai penerbit melalui IgniterAds. Kami tidak mempunyai masalah jika anda meletakkan banyak iklan di laman web anda selagi ia mematuhi peraturan yang telah kami tetapkan.
Kami akan menunjukkan kepada anda satu cara untuk memaksimumkan pendapatan anda dengan meletakkan banyak iklan dalam muka hadapan atau halaman (page) di laman web anda. Tutorial ini adalah untuk mereka yang meletakkan iklan menggunakan WordPress sahaja.
1. Buat kod iklan OARTA untuk ukuran sepanduk 728x90px.
2. Kemudian, buat 4 lagi kod iklan:
a. Saiz iklan OARTA 300x250px.
b. Saiz iklan OARTA 300x250px (walaupun telah dibuat di (2a) di atas, buatkan satu lagi).
c. Saiz iklan OARTA 160x600px.
d. Saiz iklan OARTA 300x600px.
e. Iklan Native dengan Ad Type ‘Text+Image, Select Ad Layout ‘2×2’ atau ‘3×3’, Ad Image Dimension ‘200×200’ dan dayakan (check box) ‘Make Ad Responsive’.
3. Jika anda baru, sila ikuti kaedah penyisipan kod iklan untuk WordPress dahulu.
4. Menggunakan plugin WP Quads, ikut seting seperti di bawah:
a. Pergi ke tab ‘ADS‘. Buat 4 Iklan iaitu Ad 1, Ad 2, Ad 3 dan Ad 4.
b. Tampal kod iklan yang telah anda buat dalam (1) dan (2) di atas. Iaitu, kod iklan untuk (1) di atas dimasukkan di Ad 1, kod iklan (2a) di Ad 2, kod iklan (2b) di Ad 3 dan kod iklan (2e) di Ad 4.
c. Untuk kod iklan (2c) dan (2d), masukkannya di Widget Sidebar.
d. Untuk mencantikkan susun atur web anda, masukkan <center> pada permulaan kod dan </center> pada akhir kod. Sisipkan juga <br> selepas </center> jika anda mahu banner yang dipaparkan mempunyai jarak dengan kandungan di halaman tersebut (lihat contoh di gambar di bawah).
e. Akhirnya, klik butang ‘Save Changes’.
5. Kemudian klik pada tab ‘GENERAL & POSITION‘. Ikuti tetapan yang sama seperti gambar di bawah:
6. Selesai, itulah yang perlu anda lakukan untuk memaksimumkan pendapatan anda. Contoh yang dihasilkan boleh dilihat di sini: Pameran Iklan Pelbagai