Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

SHOPIFY: Tambahkan kami ke akaun kakitangan anda

Sekiranya anda menghadapi masalah memasukkan penjejakan klik dan kod konversi ke dalam laman Shopify anda, anda boleh meminta bantuan dari kami. Jangan risau kerana kami tidak akan boleh mengakses maklumat penjualan anda atau tetapan lain yang mungkin memberi kami keizinan untuk akses penuh.

Sila ikuti tutorial di bawah:

1. Log masuk ke papan pemuka Shopify anda seperti biasa. Klik pada Settings. Kemudian, klik Plan and permissions yang terdapat di lajur kanan.

2. Tatal ke bawah sehingga anda melihat Add staff account. Klik butang.

3. Masukkan butiran seperti berikut:

Kemudian buang centang bagi This staff account will have full permissions.

4. Untuk keselamatan akaun anda, hanya izinkan kami mengakses Settings dan Themes sahaja. Kemudian klik butang Send Invite.

5. Langkah-langkah untuk memberi kami akses ke Shopify anda telah selesai.

Bagaimana cara membuang kami dari akaun kakitangan?

6. Dari tangkapan skrin di atas, klik pada nama kami iaitu IgniterAds Support. Kemudian, tatal ke bawah dan klik Remove IgniterAds Support (rujuk tangkapan skrin di bawah).

Nota: Tetapi kami menggalakkan anda untuk tidak membuang kami sepenuhnya dan hanya klik Suspend Access. Ini kerana semasa kempen iklan anda di IgniterAds sedang berjalan, anda mungkin memerlukan bantuan dari kami lagi di masa hadapan.

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan