Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Kos pengiklanan dengan CPA

Terdapat perbezaan antara kos iklan untuk CPA dan CPC/CPM. Berikut ini adalah penjelasan mengenai kos iklan untuk CPA:

CPA untuk iklan banner, native, text+image, interstitial, pop dan text

1. Tangkapan skrin di bawah adalah contoh penetapan kos iklan jika anda ingin mengoptimumkan kos per tindakan (CPA) untuk iklan banner, native, text+image, interstitial, pop dan text (per tindakan juga disebut per penjualan). Iklan shopping pula mempunyai struktur kos iklan yang berbeza dan sila rujuk langkah (8) di bawah.

2. Dalam contoh ini, Suggested Rate semasa adalah $18.65 bagi setiap penjualan. Ini berdasarkan bidaan terkini oleh pengiklan lain.

3. Suggested Rate juga berbeza-beza mengikut saiz iklan. Contohnya, saiz iklan popular seperti 300x250px berbeza dengan iklan dengan saiz 120x600px.

4. Adakalanya, Suggested Rate akan menurun menjadi kurang dari $18.65 bagi setiap penjualan. Anda harus selalu merujuk kepada Suggested Rate untuk iklan anda setiap masa dan anda boleh menurunkan CPA secara manual sama ada sama dengan nilai Suggested Rate semasa atau lebih rendah sedikit.

5. Bagaimana jika nilai CPA lebih rendah daripada Suggested Rate, misalnya $2.00? Tidak ada masalah, kerana sistem kami akan memaparkan iklan dengan bidaan tertinggi terlebih dahulu dan diikuti oleh iklan anda dengan bidaan yang lebih rendah. Untuk pengetahuan anda, iklan dengan bidaan yang tinggi akan lebih kerap dipaparkan kepada khalayak.

6. Ad Total Budget adalah dana iklan untuk keseluruhan tempoh kempen anda. Contohnya, jika anda ingin mencapai 150 jualan dan setiap penerbit kami menerima komisen sebanyak $2.00 bagi setiap penjualan, maka Ad Total Budget adalah $2.00 x 150 bersamaan dengan $300.

7. Bagaimana jika Ad Daily Budget habis sepenuhnya untuk hari itu? Iklan anda akan berhenti secara automatik dan anda perlu menambahkan lebih banyak dana melalui papan pemuka kami.

CPA untuk iklan shopping

8. Terdapat sedikit perbezaan dalam CPA untuk iklan shopping. Semasa anda membuat iklan shopping, terdapat 4 jenis saiz iklan untuk dipilih, iaitu 300x250px, 728x90px, 160x600px dan 120x600px. Untuk contoh ini, kami membuat iklan shopping dengan saiz 300x250px, 728x90px dan 160x600px. Apabila anda mengklik MANAGE ADS, anda akan melihat tiga jenis saiz iklan seperti pada tangkapan skrin di bawah:

9. Kos iklan CPA untuk iklan shopping juga sama dengan CPA untuk jenis paparan iklan berbentuk lain yang mempunyai konfigurasi CPA Rate, Suggested Rate dan Ad Total Budget yang sama. Anda boleh merujuk penerangan dalam langkah 2, 3 dan 4 di atas.

10. Namun, perbezaan yang paling ketara adalah kerana sebagai contoh, memilih tiga jenis saiz iklan. Jadi, Ad Total Budget juga berbeza dan berasingan bagi setiap satu. Seperti pada tangkapan skrin di atas, Ad Total Budget ($300) hanya untuk iklan 300x250px. Anda perlu mempunyai dana iklan tambahan untuk iklan 728x90px dan 160x600px, iaitu $300 + $300 bersamaan dengan $600. Ini menjadikan jumlah Ad Total Budget sebanyak $900. Ini hanyalah contoh dan anda tidak perlu meletakkan nilai Ad Total Budget yang tinggi. Mungkin serendah $50 bagi setiap saiz iklan shopping (dengan jumlah $150 untuk ketiga-tiga saiz iklan shopping).

Lihat juga: Apa yang akan berlaku pada dana iklan jika saya mengklik butang ADD?

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan