Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Apa yang akan berlaku pada dana iklan jika saya mengklik butang ADD?

Soalan ini sering diajukan oleh pengiklan mengenai baki dana iklan ketika melihat papan pemuka IgniterAds atau ketika membuat iklan baru. Ikuti keterangan di bawah untuk penjelasan lebih lanjut:

1. Katakan bahawa contoh baki dana iklan terbaru anda bernilai $1,005.00.

2. Kemudian, anda membuat iklan banner CPC yang baru dengan Ad Total Budget bernilai $100. Untuk melengkapkan pembuatan iklan, anda mengklik butang ADD seperti pada tangkapan skrin di bawah.

3. Setelah anda mengklik butang ADD, baki anggaran iklan anda berubah dari $1,005.00 menjadi $905.00. Ini kerana $100 telah ditolak dari baki $1,005.00.

Tetapi tiba-tiba anda perlu membuat perubahan pada iklan seperti menukar CPC Rate atau Ad Daily Budget dan perlu menekan butang BUDGET CANCELLATION untuk membatalkan tetapan sebelumnya.

4. Adakah dana iklan $100 anda hilang begitu sahaja tanpa pengetahuan anda? Tidak. Lihat tangkapan skrin di bawah. Dana $100 anda telah dikembalikan ke baki iklan anda sehingga jumlahnya kembali kepada yang asal iaitu $1,005.00.

5. Namun, bagaimana jika kempen iklan anda berjalan selama beberapa hari dan sebanyak 100 klik telah digunakan, iaitu 100 x $0.10 bersamaan dengan $10.00 belanja yang telah digunapakai? Sekiranya anda mengklik butang BUDGET CANCELLATION, hanya $90.00 yang akan dikembalikan ke baki iklan anda.

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan