Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Bagaimana Membuat Banner Dengan Mudah?

Adakah anda tahu bahawa anda boleh membuat banner sendiri tanpa mengupah sesiapa dengan menggunakan Canva? Ianya percuma.

1. Daftar akaun Canva di sini.

2. Kemudian, klik ‘Create a design’.

3. Di bahagian atas sebelah kanan terdapat butang ‘Custom dimensions’. Klik butang dan masukkan saiz banner 300 dan 250 dan klik ‘Create new design’.

4. Voila! Terdapat banyak banner telah dipra-bina dengan saiz 300x250px. Anda hanya perlu memilih satu, mengedit dan masukkan ayat pengiklanan, pemasaran atau apa-apa teks yang boleh menarik pembeli.

5. Terdapat banner percuma di Canva. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan banner lebih profesional dan berkualiti, anda juga boleh membeli banner yang dijual di Canva.

6. Kemudian, muat turun banner sebagai fail png.

7. Selesai. Anda kini mempunyai banner yang bagus dan profesional yang disediakan oleh Canva!

Nota: Anda juga boleh membuat banner dalam dimensi lain seperti 468×60, 728×90, 300×600, 120×600, 160×600 dan banyak lagi.

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan