Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Terma dan Syarat untuk Pembayaran Balik

Bayaran balik adalah bukti bahawa kami tidak menggunakan sebarang bot klik yang haram.

Kadangkala kami tidak mempunyai penerbit untuk iklan anda dengan konfigurasi niche, kategori dan kata kunci dan negara tertentu. Adakah kita kekurangan penerbit? Tidak. Inilah sebabnya:

  1. Kami mungkin mempunyai penerbit yang berkaitan dengan kata kunci atau kategori iklan anda tetapi malangnya, lokasi penerbit bukan di negara yang anda sasarkan.
  2. Terdapat juga situasi di mana lokasi iklan anda disasarkan ke Seluruh Dunia dan mesti digabungkan dengan logik bersyarat seperti kategori dan kata kunci dan tidak ada penerbit yang dapat mematuhi syarat yang ketat ini.

Oleh itu, kami menyediakan 60 hari bayaran balik. Baca lebih lanjut di bawah.

Untuk Perkhidmatan Terurus (Managed Services)

1. Anda boleh meminta bayaran balik jika anda tidak memperoleh bilangan klik atau impresi yang diperlukan.

2. Bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembelian. Sebagai contoh, anda membeli pada 1 Januari 2019. Hari pertama dikira satu hari selepas tarikh pembelian. Oleh itu, anda boleh membuat bayaran balik pada 2 Mac, 2019. Tempoh 60 hari lebih baik berbanding dengan syarikat lain yang tidak memberi langsung bayaran balik walaupun sedikit.

3. Mengenai pakej Perkhidmatan Terurus. Anda membayar 1,000 klik. Setiap klik dikira dengan nilai (sebagai contoh) $1.00. Jika hanya 300 klik yang dicapai, anda mempunyai 700 lagi klik. Oleh itu, jumlah bayaran balik yang boleh anda peroleh pada hari ke-60 ialah $700.

4. Begitu juga dengan impresi. Kos per mille untuk 1,000 impresi adalah (sebagai contoh) $ 5.00. Untuk kos pengiklanan bernilai $ 1000, impresi yang berjaya hanya dicapai pada 60,000. Impresi selebihnya sebanyak 140,000, bersamaan dengan $700, akan dikembalikan.

5. Untuk kes-kes bayaran balik, Bonus Selamat Datang (Welcome Bonus) dibatalkan secara automatik dan tidak dikira sebagai sebahagian daripada nilai bayaran balik.

6. Untuk kes-kes bayaran balik, jumlah bayaran balik tidak termasuk yuran transaksi.

7. Bayaran balik hanya boleh dilakukan melalui Paypal. Contoh nilai bayaran balik dalam (3) dan (4) di atas tidak termasuk yuran transaksi oleh Paypal. Kami akan menolak dari nilai bayaran balik anda.

8. Jumlah klik/impresi yang dicapai tidak dapat dikembalikan kerana dianggap sebagai klik/impresi yang berjaya dan kami pula perlu membayar penerbit kami.

Untuk Platform Self-Serve

1. Tiada bayaran balik jika anda tidak mendapat bilangan klik atau impresi yang diperlukan.

2. Bayaran balik hanya terpakai untuk Perkhidmatan Terurus (Managed Services) kami.

3. Platform Self-Serve direka untuk menyampaikan iklan anda mengikut konfigurasi, tetapan dan belanjawan iklan anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk hasil yang tidak dapat dicapai kerana konfigurasi dan tetapan yang dibuat oleh anda.

4. Semua dana yang ditambahkan oleh anda dianggap akan digunakan sehingga habis.

5. NOTA: Walau bagaimanapun, terma bayaran balik untuk Platform Sendiri dilanjutkan kepada pengiklan yang menambah dana menggunakan bitcoin. Tidak kira berapa banyak dana yang telah ditambah, anda boleh mendapat bayaran balik dengan segera tetapi harus mematuhi syarat dari kami terlebih dahulu iaitu perlu menolak kos pengiklanan yang telah digunapakai dan biaya transaksi 8% akan dikenakan. Sila hubungi kami di sini.

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan