Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Pengenalan Kepada Pelan Perkhidmatan Terurus Kami (Managed Services)

Kadang-kadang ada pengiklan yang tidak mempunyai kepakaran atau teknik untuk membuat iklan. Mereka juga termasuk usahawan yang mungkin tidak mempunyai masa untuk mempelajari secara teknikal cara membuat iklan yang dapat mengurangkan kos, kaedah untuk menargetkan khalayak tertentu dan sebagainya. Kami sedar tentang faktor penjimatan masa yang mereka perlukan. Oleh itu, kami mewujudkan Perkhidmatan Terurus (Managed Services) selain dari platform Self-Serve sedia ada yang menjadi teras kami.

Apakah kelebihan Perkhidmatan Terurus daripada IgniterAds?

  • Kos yang rendah bagi Kos per klik (CPC) dan Kos per mille (CPM) berbanding dengan platform Self-Serve yang menggunakan kaedah bidaan.
  • Merangkumi pelbagai jenis iklan seperti Teks, Banner, Interstitial, Native dan POP.
  • Kos pengiklanan yang rendah.
  • Bilangan klik atau impresi yang dijamin dapat dicapai.
  • Menjimatkan masa untuk mempelajari teknik dan kaedah untuk membuat iklan.
  • Iklan siap dalam masa kurang dari 6 jam (jika semua maklumat tersedia dan dihantar kepada kami).
  • Tidak perlu memantau 24 jam sehari. Laporan boleh dilihat di papan pemuka (dashboard).
  • Tidak perlu mengkonfigurasi semula iklan dari semasa ke semasa jika tidak memuaskan. Kami sendiri akan laras iklan anda setiap hari untuk mencapai bilangan klik atau jejak yang dikehendaki.
  • Tidak perlu melakukan penyelidikan kata kunci dan analisis. Segala-galanya akan dibuat oleh kami.

Bagaimana untuk melanggan Perkhidmatan Terurus?

  1. Lawati halaman Perkhidmatan Terurus kami.
  2. Isi borang yang terdapat di bahagian bawah halaman.
  3. Kami akan menghantar anda sebutharga.
  4. Jika anda bersetuju dengan sebutharga kami, laksanakan pembayaran dan kami akan menyediakan iklan anda dalam masa kurang dari 6 jam.
Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan