Cari Pangkalan Pengetahuan dengan Kata Kunci

Pengenalan

Sekiranya anda ingin membina kempen kesedaran jenama atau mendapatkan sebilangan besar pengunjung organik ke laman web atau kedai anda, gunakan kaedah model harga iklan yang selalu relevan hingga hari ini, iaitu CPC dan CPM.

Cost Per Click (CPC):

Perbelanjaan iklan anda akan berdasarkan per klik oleh pelawat.

Keutamaan pertama untuk CPC:

Pengunjung yang mengklik biasanya berminat melayari laman web anda dan melihat kandungan dan stor anda. Kebarangkalian pengunjung bertukar menjadi pembeli adalah tinggi (keutamaan pertama) kerana mereka bersedia mengklik iklan anda sejak dari awal. Sementara kempen untuk kesedaran jenama menggunakan kaedah CPC pula dianggap sebagai keutamaan kedua.

Cost Per Mille (CPM):

Perbelanjaan iklan anda akan berdasarkan pada impresi. Seorang pelawat yang melihat iklan (tanpa mengklik iklan) adalah bersamaan dengan satu impresi. Satu mil bersamaan dengan 1000 pelawat.

Keutamaan pertama untuk CPM:

Keutamaan pertama untuk CPM adalah kebalikan dari CPC. Kaedah CPM mengutamakan kesedaran jenama terhadap produk atau jenama anda dan sama ada pengunjung berminat atau tidak melayari laman web, bukanlah isu utama. Yang penting, mereka dapat melihat produk dan jenama anda yang dipaparkan pada iklan yang muncul di laman penerbit kami tanpa mengkliknya. Sekiranya mereka mengklik iklan anda, maka ia akan menjadi bonus untuk anda.

Adakah artikel ini bermanfaat?
0 out Of 5 Stars
5 Stars 0%
4 Stars 0%
3 Stars 0%
2 Stars 0%
1 Stars 0%
Bagaimana kami boleh memperbaiki artikel ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Isi kandungan