Mengubahsuai Iklan
Ini adalah tutorial lanjutan khas bagi pengiklan yang memilih Managed Services. Namun sejak Mac 2021, kami tidak lagi menyediakan perkhidmatan Managed Services ini. Sekarang, hanya perkhidmatan bagi membantu pengiklan membuat iklan awalan sahaja dan seterusnya ia harus dipantau sendiri oleh pengiklan (Self-Service).
Bagaimana untuk mengubahsuaian konfigurasi iklan dari masa ke semasa mengikut pada kesesuaian anda selepas kami selesai membuatkan iklan untuk anda?
Log masuk ke dashboard IgniterAds anda, klik pada MANAGE ADS dan pilih mana-mana iklan yang telah dibuatkan. Contohnya iklan banner CPC dengan saiz 300x250px seperti di bawah ini (klik pada kotak berwarna ungu):
Menukar Banner
Anda boleh menukar banner sedia ada ke banner yang baru. Hanya klik pada “Choose File” dan UPDATE. Kemudian, kami akan memeriksa banner anda dan meluluskannya.
Nota: Pastikan saiz banner adalah sama dengan pilihan “Banner Size” anda.
Mengubahsuai Lokasi Sasaran Iklan
Mungkin anda ingin menambah negara, negeri atau provinsi atau membuangnya jika tidak menguntungkan bagi iklan anda. Pilih sahaja negara yang diingini di kolum kiri dan klik tanda “+”. Jangan lupa untuk klik butang SAVE TARGET LOCATIONS.
Mengubahsuai Kata Kunci
Jika anda dapati kata kunci sedia ada tidak begitu menarik, anda boleh membuang atau menambah kata kunci yang baru. Masukkan kata kunci diikuti koma atau satu kata kunci per baris dan klik ADD KEYWORD.
Mengubahsuai Kategori
Anda boleh menambah kategori iklan anda lebih dari satu pilihan.
Mengubahsuai Peralatan dan Jenis Pelayar Web
Ada masanya anda dapati yang peralatan Desktop & Laptop yang digunakan oleh penonton iklan anda tidak mendapat sambutan dan hanya Tablet & Mobile sahaja yang lebih ramai penonton. Pilihlah hanya Tablet & Mobile.
Anda juga boleh memilih jenis pelayar web yang digunakan oleh penonton. Namun, kami menasihatkan anda agar tidak memilih jenis pelayar kerana ia memerlukan pengetahuan khusus tentang teknikal.
Memilih Penargetan Semula (Retargeting)
Untuk membolehkan senarai penargetan semula (retargeting) dipaparkan dan boleh dipilih seperti dalam gambar di bawah, sila ikuti dahulu tutorial Bagaimana Menggunakan IgniterAds Retargeting.
Mengubahsuai Tarikh dan Waktu
Jika anda dapati iklan yang dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad tidak menguntungkan, anda boleh mengubahnya untuk hanya dijalankan pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat sahaja.
Mengubahsuai Bahasa Untuk Pelayar Web
Sebelum ini, anda mungkin tidak memilih bahasa yang khusus digunakan oleh pelayar web penonton iklan anda. Kemudian anda dapati produk anda melibatkan pakaian kebudayaan bangsa Cina dan sesuai untuk dijual pada penonton iklan yang berbahasa Cina. Pilih hanya Chinese sahaja di sini dan klik UPDATE.
Menaikkan/Menurunkan Perbelanjaan Iklan
Ada masanya anda dapati yang iklan anda tidak menerima klik yang banyak setiap hari dan ia disebabkan bidaan kos per klik anda terlalu rendah. Anda berhajat untuk meletakkan iklan anda paling hadapan berbanding pengiklan yang lain. Jadi di sini anda boleh naikkan CPC Rate menjadi $0.22 per klik iaitu sedikit tinggi dari harga bidaan semasa iaitu $0.21 per klik. Klik UPDATE jika telah selesai.