Bagaimanakah saya memasang kod iklan OARTA pada laman web Squarespace?
Apakah maksud OARTA? Ia adalah istilah yang direka kami dan merupakan singkatan nama bagi One Ad To Rule Them All. Hanya dengan satu ad sahaja, OARTA akan memaparkan iklan bagi:
- CPC
- CPM
- CPA
- Text Ad
- Banner Ad
- Text + Image Ad
- Shopping Ad
- Responsive Ad (sesuai bagi pengguna mobile)
Jadi, anda tidak perlu membuat saiz ad atau spesikasi ad yang berasingan. Ianya semua dalam satu. Yang membezakan hanyalah saiz yang anda pilih contohnya 300×250, 768×90, 300×600 dan sebagainya (setiap ad size kami adalah responsive dan mobile friendly). Tetapi pertama sekali, pastikan untuk menambah laman anda sebelum meneruskan dengan tutorial ini.
Ini ialah demo iklan Oarta jika anda perlu tahu bagaimana ia dipaparkan pada laman penerbit:
- 300×250 – No. 1 Paling Popular
- 728×90 – No. 2 Paling Popular
- 160×600 – No. 3 Paling Popular
- 300×600 – No. 4 Paling Popular
- 468×60 – No. 5 Paling Popular
- 120×600 – No. 6 Paling Popular
1. Pertama, anda perlu membuat kod iklan. Di papan pemuka penerbit, pilih ADS CODES dan pilih butang CREATE. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk membuat kod iklan oarta. Kemudian, klik butang CREATE AD CODE.
- Ad Code Name – sebarang nama (tidak akan ditunjukkan kepada pengguna yang disasarkan)
- Ad Code Type – pilih CPC/CPM/CPA (Ketahui lebih lanjut)
- Targeting Site – pilih laman yang anda inginkan
- AdBlock Type – pilih Text / Banner / Text + Image
- Select AdBlock – untuk tutorial ini, kita akan memilih 300×250
- Responsive – Yes
- Sticky Ad code – Tidak ditanda
Nota: Walaupun tutorial ini lebih menumpukan pada pemilihan gabungan “Text / Banner / Text + Image”, namun ramai advertiser kami memilih iklan berbentuk banner, text + image dan shopping. Iklan text pula jarang sekali dipilih oleh mereka. Jadi, anda juga boleh memilih Banner sahaja bagi “Adblock Type”.
2. Selepas mengklik butang CREATE AD CODE, anda akan diarahkan ke halaman seterusnya. Salin semua kod iklan dalam AD DISPLAY CODE dan tampalkannya ke dalam nota, notepad atau wordpad. Anda juga boleh menukar teks dan warna latar belakang dan jenis sempadan (border) tetapi pastikan untuk menyimpan tetapan dengan mengklik butang UPDATE AD CODE. Sila salin semula kod iklan yang telah dijana semula.
3. Biasanya, tren penyisipan iklan oarta adalah di antara kandungan post atau halaman. Tetapi kerana Squarespace tidak mempunyai kaedah di mana Code block dapat ditempatkan di antara perenggan dan tersedia secara kekal untuk post/halaman baru yang akan datang (ada penyelesaiannya, silakan klik di sini), anda harus meletakkan kod iklan di bahagian atas atau bahagian bawah. Log masuk ke akaun Squarespace anda. Di lajur kiri, pilih Pages.
4. Kemudian, pilih Blog.
5. Anda akan melihat butang berbentuk seperti gear. Sila klik butang tersebut.
6. Paparan baru akan muncul, sila pilih Advanced yang terletak di bahagian bawah senarai di lajur kiri. Seterusnya, pilih Post Blog Item Code Injection.
7. Salin dan tampal kod iklan yang telah anda salin di (2) di atas ke ruangan yang disediakan. Untuk menyusun iklan native di tengah (sangat disyorkan), masukkan kod HTML <center> di awal kod iklan dan </center> di akhir kod iklan. Untuk menambahkan padding teratas, letakkan kod HTML <br> di atas kod iklan. Satu <br> sama dengan satu ruang. Untuk dua atau lebih ruang, tambahkan <br> lain dan seterusnya. Untuk menyelesaikannya, klik SAVE.
8. Setelah anda mengklik SAVE, halaman blog anda akan disegarkan secara automatik dan anda akan melihat hasilnya di bahagian atas halaman blog anda.
9. Anda juga boleh meletakkan oarta 300x250px yang lain di bahagian bawah halaman blog dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. Squarespace tidak membenarkan anda memasukkan kod iklan yang sama lebih dari sekali. Oleh itu, anda perlu membuat kod iklan kedua untuk oarta dengan mengulangi langkah (1) dan (2) di atas.
Catatan: Sebab mengapa kami mengesyorkan agar anda memasukkan oarta di bahagian bawah halaman blog anda adalah bahawa Squarespace tidak mempunyai kaedah di mana Code block dapat ditempatkan di antara perenggan yang tersedia secara kekal untuk post/halaman baru yang akan datang. Tetapi jika anda juga ingin meletakkan kod iklan di antara kandungan, kami telah menyediakan tutorial di sini.
Ulangi langkah (5) di atas. Paparan baru akan muncul, sila pilih Advanced yang terletak di bahagian bawah senarai di lajur kiri. Seterusnya, pilih Post Blog Item Code Injection.
10. Salin dan tampal kod iklan yang telah anda salin di (2) di atas ke ruangan yang disediakan. Untuk meletakkan posisi iklan oarta di bahagian tengah (sangat disyorkan), masukkan kod HTML <center> di awal kod iklan dan </center> di akhir kod iklan. Untuk menyelesaikannya, klik SAVE.
11. Setelah anda klik SAVE, halaman blog anda akan disegarkan secara automatik dan anda akan melihat hasilnya di bahagian bawah halaman blog anda.
Pendapatan pertama anda dari iklan oarta akan muncul dalam statistik IgniterAds anda 24 jam setelah anda menambahkan kod tersebut. Masa ini diperlukan agar iklan kita dapat disebarkan dan mengumpulkan penonton.
Lihat juga: Tips Cara Meningkatkan Pendapatan Sebagai Penerbit